بسم الله الرحمن الرحيم


Surah an-Ahzab : 21 – Rasulullah saw.
June 14, 2008, 6:11 am
Filed under: Fi Zilal al-Quran

“Sesungguhnya pada akhlak Rasullullah itu terdapat contoh tauladan yang baik bagi kamu, iaitu bagi mereka yang mengharapkan keredhaan Allah dan keselamatan pada hari Akhirat dan banyak mengingati Allah.”

(al-Ahzab : 21)

Al-Quran menggambarkan golongan yang berseri-seri gemilang di tengah suasana Peperangan al-Ahzab yang gelap itu, hati mereka begitu tenang di tengah-tengah kemelut itu. Mereka penuh percaya kepada Allah dan redha dengan qadhaNya. Mereka yakin mendapat kemenangan dari Allah selepas melalui segala keadaan yang cemas dan nahar ini.

Walaupun di dalam suasana yang amat cemas, susah dan letih lesu ini, namun Rasulullah saw tetap merupakan sumber keamanan, keyakinan, harapan dan ketenangan kepada kaum Muslimin. Pengkajian terhadap sikap Rasulullah saw di dalam menghadapi peristiwa Peperangan al-Ahzab yang besar ini boleh memberi pedoman dan panduan kepada para pemimpin jamaah dan pergerakan (Dakwah Islamiyah). Ia memberi contoh tauladan yang baik kepada mereka yang mengharapkan keredhaan Allah dan balasan yang baik pada hari Akhirat, juga kepada mereka yang mencaari contoh yang baik dan mengingati Allah tanpa melupakanNya.

Eloklah kita mengetahui serba sedikit tentang sikap Rasulullah saw itu sebagai contoh, kerana kita tidak dapat menghuraikannya dengan terperinci di sini.

Rasulullah saw keluar menggali parit pertahanan bersama-sama kaum muslimin. Beliau memotong kapak, menyodok tanah dengan penyodok dan mengangkut tanah dengan keranjang-keranjang. Beliau turut menyanyikan sajak-sajak yang bersahaja yang digubah dari kejadian-kejadian yang berlaku. Misalnya ketika itu ada seorang Islam bernama Ju’ayl. Rasulullah sawa tidak sukakan nama itu, lalu menggubahkannya kepada nama ‘Amr. Lalu orang-orang Muslimin yang bekerja menggali parit itu mendendangkan beramai-ramai sebuah sajak mengenainya yang bersahaja :

Beliau menukar namanya dari Ju’ayl kepada ‘Amr

Setiap hari ada sahaja Beliau menolong si malang derita

Apabila mereka mendendangkan kata-kata “’Amr”, Rasulullah saw turut meningkah “Amran”. Begitu juga apabila mereka mendendangkan kata-kata “Zah”, beliau turut meningkah “Zahran”.

Di sini dapatlah kita gambarkan betapa mesranya suasana ketika itu, di mana kaum Muslimin bekerja keras (menggali parit) dan Rasulullah saw turut serta memotong dengan kapak, menyodok tanah dengan penyodok-penyodok, mengangkut tanah dengan keranjang-keranjang dan menyanyikan sajak ini bersama mereka. Di sin juga dapat kita gambarkan bagaimana hebatnya suasana mesra ini melepaskan tenaga dan semangat di dalam jiwa mereka, mencurahkan perasaan sukarela, keghairahan, keyakinan dan kebanggaan di dalam hati mereka.

Ketika itu Zaid bin Tsabit ra berada dalam kumpulan yang bertuga mengangkut tanah. Rasulullah saw telah memujinya : “Dia seorang belia yang bagus.” (Pada suatu hari) dia mengantuk dan terus tertidur di dalam parit. Udara ketika itu sangat dingin, lalu ‘Umarah mengambil senjatanya tanpa disedarinya, apabila dia terjaga dia terkejut, lalu Rasulullah saw bersabda : “Wahai Abu Ruqad (Bapak tidur)! Engkau tidur hingga senjata engkau hilang entah kemana.” Kemudian beliau bertanya : “Siapa tahu di mana senjata anak muda ini?” Jawab ‘Umarah : “Wahai Rasulullah! Senjatanya ada pada saya.” Ujar beliau : “Pulangkan senjata itu kepadanya.” Kemudian beliau melarang mereka supaya jangan menakut-nakutkan orang-orang Islam dan bergurau dengan mengambil barang-barang kepunyaan mereka.

Peristiwa ini menggambarkan betapa mata dan hati Rasulullah saw sentiasa waspada dan ingat kepada setiap orang yang ada di dalam barisan perjuangan samada muda atau tua, juga menggambarkan semangat gurau senda yang manis dan mesra (sebagaimana tersemat dalam kata-kata beliau kepada Zaid bin Tsabit : “Wahai Abu Ruqad (Bapak tidur)! Engkau tidur hingga senjata engkau hilang entah kemana.” Pada akhirnya peristiwa ini juga menggambarkan keadaan suasana mesra, di mana kaum Muslimin hidup di bawah naungan Nabi mereka dalam masa yang amat genting itu.

Di samping itu semangat perjuangan Rasulullah saw sentiasa melihat kemenangan dari jauh hingga beliau nampak kemenangan itu di dalam cahaya-cahaya api yang tercetus dari batu-batu yang terkena hayunan cangkul, kemudian beliau menceritakannya kepada kaum Muslimin untuk membangkitkan keyakinan dan kepercayaan di dalam hati mereka.

Ujar Ibnu Ishaq : “Aku telah diceritakan dari Salman al-Farisi katanya : “Aku sedang mencangkul di suatu sudut parit itu, tiba-tiba satu batu yang keras menyusahkan cangkulku. Rasulullah saw berada berhampiran denganku. Apabila beliau melihat aku mencangkul dan melihat tempat itu amat keras dan sukar kepadaku, beliau pun turun dan mengambil cangkul dari tanganku lalu beliau cangkulkan temppat itu dengan cangkulan yang kuat sehingga terpercik cahaya api, kemudian beliau mencangkul sekali lagi dan cahaya api terpercik pula sekali lagi, kemudian beliau mencangkul bagi kali yang ketiga dan sekali lagi pula cahaya api itu terpercik.” Ujar Salman : “Demi ayah bondaku, apakah cahaya yang aku nampak terpancar ketika anda mencangkul itu?” Sabda beliau : “Cahaya api pertama itu mengalamatkan bahawa Allah akan memberi kemenangan kepadaku menakluk negeri Yaman, cahaya yang kedua pula mengalamatkan Allah akan memberi kemenangan kepadaku menakluk negeri Syam dan negeri sebelah barat dan cahaya yang ketiga mengalamatkan bahawa Allah akan memberi kemenangan kepadaku menakluk negeri sebelah Timur.”

Tersebut di dalam kita”Imtaa’ al-Asma’” karangan al-Maqrizi bahawa peristiwa ini adalah berlaku kepada Umar bin al-Khattab ra dengan disaksikan oleh Salman al-Farisi ra.

Pada hari ini dapatlah kita gambarkan betapa hebatnya pengaruh kata-kata beliau itu di dalam hati kaum Muslimin yang sedang dikepung bahaya serangan musuh itu.

Di samping cerita-cerita Rasulullah saw yang gemilang itu dapatlah pula kita tokokkan dengan cerita Huzaifah ra yang pulang dari tuga meninjau keadaan bala tentera gabungan. Dia sedang dalam keadaan yang amat sejuk, sedangkan Rasulullah saw ketika itu sedang mendirikan solat dengan berselimutkan kain lepas panjang salah seorang isterinya. Tetapi walaupun beliau sedang solat dan berhubung dengan Allah, namun beliau tidak membiarkan Huzaifah ra menggeletar kesejukkan hingga beliau selesai solat, malah beliau menarik Huzaifah ra di antara dua kakinya dan campakkan hujung kain lepas itu kepada Huzaifah ra supaya dia berselimut dengannya sementara beliau meneruskan solatnya sehingga selesai, lalu Huzaifah ra pun menyampaikan berita (gerakan angkatan musuh) itu kepada beliau. Dia menyampaikan berita gembira itu kepada beliau yang telah pun mengetahui berita itu dengan hatinya. Kemudian beliau mengirimkan Huzaifah ra untuk menghebohkan berita itu kepada kaum Muslimin.

Cerita-cerita mengenai keberanian Rasulullah saw, ketabahan dan kecekalan beliau dalam menghadapi keadaan gawat itu adalah jelas di sepanjang kisah peperangan itu. Kita tidak perlu lagi menyalin cerita-cerita itu di sini kerana ia sangat masyhur.

Amat tepatlah firman Allah :

“Sesungguhnya pada akhlak Rasullullah itu terdapat contoh tauladan yang baik bagi kamu, iaitu bagi mereka yang mengharapkan keredhaan Allah dan keselamatan pada hari Akhirat dan banyak mengingati Allah.”

(al-Ahzab : 21)


1 Comment so far
Leave a comment

You post very interesting posts here. Your blog deserves much bigger audience.
It can go viral if you give it initial boost, i know very useful tool that can help you, just
search in google: svetsern traffic tips

Comment by Dustin




Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



%d bloggers like this: