بسم الله الرحمن الرحيم


Surah Yunus : 7-10 – Alhamdulillah.
June 6, 2008, 4:22 am
Filed under: Fi Zilal al-Quran

7 – “Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan pertemuan dengan Kami dan berpuas hati dengan kehidupan dunia dan yakin tenteram dengannya, juga orang-orang yang lalai dari ayat-ayat kami.”

8 – “Mereka adalah ditempatkan di dalam Neraka kerana dosa-dosa yang dilakukan mereka.”

9 – “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan-amalan yang soleh mereka dihidayatkan oleh Tuhan mereka dengan sebab keimanan mereka dan di bawah mereka mengalirnya sungai-sungai di taman-taman Syurga yang penuh nikmat.”

10 – Ucapan tasbih mereka di dalam Syurga ialah “subhanakallah” dan ucapan penghormatan mereka ialah salam sejahtera, dan penutup ucapan tahmid mereka ialah “alhamdulillahi robbil aalamin”.

(Yunus : 7-10)

Orang-orang yang melihat semua bukti-bukti ini (bukti kewujudan alam buana dan bukti dari harakat (gerakan) perjalanannya yang teratur, selaras dan tepat) kemudian mereka tidak mengharapkan pertemuan dengan Allah dan tidak memahami bahawa di antara kehendak-kehendak peraturan alam yang rapi ini ialah wujudnya di sana Alam Akhirat dan dunia bukannya merupakan penghabisan, kerana umat manusia di alam dunia ini tidak pernah mencapai kesempurnaan yang diimpikan. Selanjutnya orang-orang yang melalui bukti-bukti yang nyata itu dengan hati yang lalai, di mana bukti-bukti itu tidak menggerak hati mereka untuk merenungi dan meneliti dan tidak pula mendorongkan akal mereka untuk berfikir, maka mereka adalah golongan manusia yang tidak akan melalui jalan kesempurnaan manusia dan tidak akan sampai ke Syurga yang dijanjikan kepada para Muttaqin, kerana Syurga hanya disediakan untuk orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan-amalan soleh, iaitu orang-orang yang meninggal penat jerih dunia dan remeh temehnya untuk bertasbih dan memuji Allah untuk mendapat keredhaan yang kekal.

Orang-orang yang tidak memikirkan peraturan alam buana yang memberi inspirasi bahawa alam ini mempunyai pencipta yang mentadbirkan peraturan dan perjalanannya tidak dapat memahami bahawa Akhirat itu merupakan satu keperluan dari keperluan-keperluan peraturan alam ini, di mana dapat direalisasikan keadilan yang sempurna dan dapat menyampaikan umat manusia ke kemuncak kesempurnaan mereka yang tertinggi.

Justeru itulah mereka tidak mengharapkan pertemuan dengan Allah. Akibat dari pandangan yang pendek ini mereka hanya berhenti setakat hidup duniawi sahaja dengan segala kekurangan dan kejatuhan yang ada di sana. Merek berpuas hati dengan hidup duniawi dan membenamkan diri mereka di dalamnya. Oleh kerana itu mereka tidak mengingkar sebarang kekurangan yang ada di dalam kehidupan dunia. Mereka tidak memahami bahawa hidup duniawi ini tidak wajar menjadi titik penghabisan hidup manusia, kerana mereka meningggalkan dunia ini tanpa mendapat ganjaran yang setimpal bagi amalan-amalan yang baik yang telah dilakukan mereka dan tanpa sempat meneriman hukuman terhadap kejahatan-kejahatan yang dilakukan mereka. Mereka tidak pernah sampai ke tahap kesempurnaan yang disediakan oleh kemanusiaan mereka. Sikap mereka hanya berhenti di perbatasan dunia sahaja dan berpuas hati dengannya kan membawa mereka terus jatuh kerana mereka tidak mahu mengangkat kepala mereka untuk melihat kemuncak dan tidak memandang ke arah ufuk yang jauh. Mereka selama-lamanya menekurkan kepala mereka ke bawah dan menumpu pandangan mereka ke bumi sahaja dengan segala isi dan penghuninya. Mereka cuai dan lalai dari memikirkan bukti-bukti kekuasaan Allah swt yang wujud pada kejadian-kejadian alam buana yang dapat menggerakkan hati, meningkatkan perasaan dan mendorong mereka ke arah kesempurnaan dan cita-cita yang tinggi.

8 – “Mereka adalah ditempatkan di dalam Neraka kerana dosa-dosa yang dilakukan mereka.”

( Yunus : 8 )

Itulah seburuk tempat kediaman dan seburuk-buruk nasib kesudahan.

Di sebelah tebih yang lain terdapat orang-orang yang beriman yang mengerjakan amalan-amalan yang soleh. Mereka memahami bahawa di sana ada hayat yang lebih tinggi dari hayat dunia, dan kerana keimanan inilah mereka mengerjakan amalan-amalan yang soleh demi merealisasikan perintah Allah swt yang menyuruh manusia mengerjakan amalan-amalan soleh dan demi menunggu kehidupan Akhirat yang makmur dan jalan menuju ke arahnya ialah amalan-amalan yang soleh …

… mereka dihidayatkan oleh Tuhan mereka dengan sebab keimanan mereka …”

(Yunus : 9)

Maksudnya, Allah swt memberi hidayat kepada mereka mengerjakan amalan-amalan yang soleh dengan sebab keimanan yang menghubungkan mereka dengan Allah swt dan membuka pintu hati mereka mengikut jalan yang lurus. Allah swt mengurniakan petunjuk kepada mereka kerana kepekaan hati nurani dan ketaqwaan mereka. Merekalah yang akan memasuki Syurga.

… dan di bawah mereka mengalirnya sungai-sungai di taman-taman Syurga yang penuh nikmat.”

(Yunus : 9)

Aliran air selama-lamanya membayangkan kesuburan, kebasahan, perkembangan dan hayat yang segar.

Apakah kerunsingan-kerunsingan dan kesibukan-kesibukan mereka di dalam Syurga ini, apakah pengucapan atau permohonan-permohonan yang mahu direalisasikan mereka di sana? Perkara-perkara yang merunsingkan mereka bukannya harta dan pangkat kebesaran, dan perkara-perkara yang menyibukkan mereka bukannya usaha untuk menepuskan gangguan-gangguan, bukannya untuk mendapatkan sesuatu kepentingan kerana semua perkara yang buruk itu telah dilindungi dari mereka. Kini mereka merasa segala-galanya cukup. Oleh kerana itu mereka tidak lagi memerlukan kepada perkara-perkara seperti itu. Mereka merasa cukup dengan pemberian yang dikurniakan Allah swt kepada mereka. Mereka telah bebas dari kerunsingan-kerunsingan dan kesibukan-kesibukan yang seperti itu. kegiatan mereka yang paling sibuk ialah bertasbih di awal dan bertahmid di akhir di selangi pula dengan ucapan-ucapan salam sejahtera di antara sesama mereka dan di antara mereka dengan para malaikat ar-Rahman :

10 – Ucapan tasbih mereka di dalam Syurga ialah “subhanakallah” dan ucapan penghormatan mereka ialah salam sejahtera, dan penutup ucapan tahmid mereka ialah “alhamdulillahi robbil aalamin”.

(Yunus : 10)

Itulah kebebasan dari kerunsingan dan kesibukan-kesibukan hidup duniawi. Itulah kebebasan dari keperluan-keperluan duniawi. Itulah penerbangan ke ufuk-ufuk kepuasan, bertasbih dan bertahmid dan mengucapkan salam, itulah ufuk-ufuk yang layak dengan kesempurnaan manusia.


Leave a Comment so far
Leave a comment



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



%d bloggers like this: