بسم الله الرحمن الرحيم


Umat 2 – Perubahan.
June 1, 2008, 5:36 am
Filed under: Dakwah dan Tarbiah

Untuk membangun sebuah umat, kita tidak boleh langsung merubah umat keseluruhannya. Kita mesti mencuba bermula dengan lapisan terkecilnya, iaitu individu.

Konsep yang paling baik dalam perubahan perbaikan individu adalah bekerja dengan meringkas waktu. Kalau ingin memperbaiki umat dengan kembali kepada perbaikan individu, maka kita mesti melihat bahawa individu yang akan kita perbaiki itu adalah individu yang mempunyai dua kualiti.

Kualiti pertama : adalah bahawa individu itu mempunyai fitrah untuk berubah dan kembali kepada Islam. Di mana kadar pengaruh budaya barat di dalam dirinya sedikit dan ada harapan untuk sembuh, kembali kepada Islam.

Kualiti kedua : adalah hendaknya orang itu juga mempunyai bakat dan potensi dalam dirinya untuk menyembuhkan orang lain atau untuk melakukan perubahan.

Dengan demikian, yang pertama adalah kesiapan untuk berubah, yang kedua adalah kemampuan untuk mengubah.

Sehingga nanti, setiap orang yang berubah itu merupakan agen perubahan selanjutnya. Itulah yang kita harapkan.

Sekarang kalau kita bekerja (misalnya) di kalangan orang yang boleh berubah tapi tidak boleh mengubah, kita akan kehabisan banyak waktu, kerana kita selamanya bekerja sendirian.

Lantas, bagaimana memulainya?

Jawapannya … MESTI SEGERA DIMULAKAN!!!

Waktu adalah masalah Ijtihadi. Kita tidak boleh menunda waktu untuk merubah masyarakat, sebab situasi mereka juga terus berubah. Boleh jadi kita menetapkan waktu yang agak lama, tapi kemudian, tiba-tiba ada perubahan di luar jangkaan kita hingga kita terpaksa harus mempercepat proses perubahan, atau, bahkan melambatkannya. Begitu juga seterusnya.


1 Comment so far
Leave a comment

macam dah bleh agak je sape tulis ni sbb dah pernah dgr talk mcm nih dulu..=) syukran

berkenaan ayat “..Di mana kadar pengaruh budaya barat di dalam dirinya sedikit dan ada harapan untuk sembuh, kembali kepada Islam..”, mungkin lebih baik menggunakan perkataan lain selain “barat” kerana ini akan memberikan implikasi buruk kepada “barat”..sedangkan yang buruk itu bukan barat mahupun timur..tetapi sama ada bertepatan dengan islam atau pun tidak..bukankah barat dan timur itu kedua-duanya milik allah? =) banyak sekali budaya barat yang bagus yang perlu timur contohi, begitu juga sebaliknya..

kalau kita berada di zaman 100 tahun yang dahulu, mungkin ia sesuai kerana jelas sekali pertembungan antara barat yang dikuasai oleh bukan islam dan timur yang dikuasai oleh islam..namun sekarang nih disebabkan usaha dakwah, alhamdulillah, islam telah banyak menyinari budaya-budaya di barat. Malah, mungkin barat itu dari segi budayanya sahaja dari segi beberapa sisi lebih islami dari timur..ya nggak?

sekadar perkongsian..

Comment by eiem2eiar




Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



%d bloggers like this: